Selasa, 20 April 2010

Berita Tergempar

Salam Sejahtera...Sapa2 Ada cdangan nk tlis pa dlm blog ni..tlong bgtau..ni nk tlis bhasa fushah melayu pon dah mlas dah...heheehe..ok2...tq2....klu ada idea trima kasehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..............

Ahad, 8 November 2009

Pelakon Terbaik

Tonton dan nilai.Patuhlah pada perintah Allah seumpama kamu melihat-Nya.jikalau kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Dia lihat apa yang kamu lakukan.Ya Allah Ampunkan Dosa hambu-Mu ini dan kurniakan kami keimanan dan ketaqwaan..amin...

P/S:Tayangan video ini berbayar.jadi,kepada sesiapa yang menontonnya sila bayar di kaunter berhampiran dengan anda...terima kasih..heheeheehe

Sabtu, 19 September 2009

Pergi Tak Kembali



Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam dia muka bumi ini,kalau ada di planet lain penduduk bumi ucapkan selamat hari raya juga....heheehe...
Ramadan pergi ,Syawal tiba.Apakah amalan-amalan yang telah kita lakukan di dalam bulan yang mulia ini? HArapan kepada diri ini serta kepada semua agar amalan-amalan dapat diteruskan hingga ke liang lahad.Ampun dipohon kepada sesiapa yang mengenali diri ini ,walaupun ruangan blog ini menjadi perantaraan kemaafan ini..
Zakat firtah perlu dilaksanakan,raya tidak bermakna jika zakat tidak ditunaikan
Sambutan raya di Malaysia dan Mesir memang berbeza,tapi tak pernah sambut raya di perantauan lagi,teringin juga raya di Mesir.

Pesanan penaja ; Jangan bermain mercun kalau hendak makan kuih raya dengan 10 jari

Selasa, 8 September 2009

Puasa , Solat dan Ketenangan

Ramadan dinikmati, Syawal menanti. Seluruh umat Islam berlumba-lumba melakukan ibadah kerana menyedari pahala yang berlipat ganda dijanjikan Allah di bulan yang mulia ini. Solat lima waktu sememangnya wajib dilaksanakan,tetapi solat tarawih dikhususkan di dalam bulan ramadan yang mulia ini...
Solat dapat mendidik jiwa manusia,memberi ketenangan jiwa dan berasa lebih dekat dengan pencipta-Nya.Perkataan 'taraweeh' berasal daripada Bahasa Arab yang membawa maksud rehat dan rileks.Gambar berikut menunjukkan gambaran solat Taraweh yang dilaksanakan oleh umat islam di pelbagai negara.Antaranya , Palestin Aghafnistan dan Filipina




Pesanan Penaja ;
Puasa pnuh,klau tak jangan rya..heeheehee

Isnin, 3 Ogos 2009

Sikit Demi Sedikit...

Inilah tugas Syaitan,mengajak manusia melakukan dosa dan maksiat hinggat ke hari kiamat....
Orang yang bijak,ialah orang yang sentiasa menilai @ memikirkan segala perbuatan yang dilakukannya.Orang yang lemah,ialah orang yang mengikut hawa nafsunya...



Seperti mana iklan di atas,pada mula nya dihasutnya untuk membuat sedikit 'make up'.selepas itu di hasutnya lagi dengan memakai baju yang menampakkan bentuk badan(Aurat) dan menampakkan aurat(rambut)....Sama-samalah kita berdoa dan mengelak dari melakukan sesuatu dengan mengikut hawa nafsu....

Khamis, 30 Julai 2009

Ilmu Dan Harta

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

Make A Choice....

> > > Manusia, Malaikat, Syaitan..
> > > Message: Manusia, Malaikat, Syaitan ..
> > > Manusia - Eh, dah subuh dah?
> > > Malaikat - bangunlah wahai anak
> > > Adam, tunaikan solat subuh mu
> > > Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah,
> > > ngantuk ini.awal lagi nie?.zzz
> > > Manusia - Nak makan, laparlah ?
> > > Malaikat - Wahai Anak Adam,
> > > mulakanlah dengan Bismillah...
> > > Syaitan - Ahh, tak payahla...
> > > dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa?
> > > Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
> > > Malaikat - Wahai anak Adam,
> > > pakailah pakaian yang menutup aurat..
> > > Syaitan - Ehh, panaslah, takde
> > > style langsung, nampak kampung!!
> > > Manusia - Alamak, dah lewat!
> > > Malaikat - Bersegeralah wahai
> > > manusia , nanti terlewat ke pejabat..
> > > Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..
> > > aahh? suruh si X, punchkanlah?
> > > Manusia - Azan sudah kedengaran..
> > > Malaikat - Wahai anak Adam,
> > > bersegeralah menunaikan kewajipan
> > > Syaitan - Baru pukul berapa..
> > > rilex lah.. awal lagi nie?
> > > Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya
> > > Allah Maha Melihat dan mengetahui!
> > > Syaitan - Perggghh... best tu... rugi ooo kalau tak tengok nie..
> > > Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
> > > Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?
> > > Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
> > > Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?...
> > > pandai2lah?
> > > Manusia - aku telah berdosa..
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah
> > > Maha Pengampun.
> > > Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda
> > > hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)
> > > Manusia - Kalau pergi, mesti
> > > seronok!
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
> > > dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
> > > Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?
> > > Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
> > > 1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
> > > 2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
> > > 3. Syaitan - Tak payahlah sebuk