Sabtu, 19 September 2009

Pergi Tak Kembali



Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam dia muka bumi ini,kalau ada di planet lain penduduk bumi ucapkan selamat hari raya juga....heheehe...
Ramadan pergi ,Syawal tiba.Apakah amalan-amalan yang telah kita lakukan di dalam bulan yang mulia ini? HArapan kepada diri ini serta kepada semua agar amalan-amalan dapat diteruskan hingga ke liang lahad.Ampun dipohon kepada sesiapa yang mengenali diri ini ,walaupun ruangan blog ini menjadi perantaraan kemaafan ini..
Zakat firtah perlu dilaksanakan,raya tidak bermakna jika zakat tidak ditunaikan
Sambutan raya di Malaysia dan Mesir memang berbeza,tapi tak pernah sambut raya di perantauan lagi,teringin juga raya di Mesir.

Pesanan penaja ; Jangan bermain mercun kalau hendak makan kuih raya dengan 10 jari

Selasa, 8 September 2009

Puasa , Solat dan Ketenangan

Ramadan dinikmati, Syawal menanti. Seluruh umat Islam berlumba-lumba melakukan ibadah kerana menyedari pahala yang berlipat ganda dijanjikan Allah di bulan yang mulia ini. Solat lima waktu sememangnya wajib dilaksanakan,tetapi solat tarawih dikhususkan di dalam bulan ramadan yang mulia ini...
Solat dapat mendidik jiwa manusia,memberi ketenangan jiwa dan berasa lebih dekat dengan pencipta-Nya.Perkataan 'taraweeh' berasal daripada Bahasa Arab yang membawa maksud rehat dan rileks.Gambar berikut menunjukkan gambaran solat Taraweh yang dilaksanakan oleh umat islam di pelbagai negara.Antaranya , Palestin Aghafnistan dan Filipina




Pesanan Penaja ;
Puasa pnuh,klau tak jangan rya..heeheehee